Skip to main content

Dunia

Kakitangan Samsung DX rancang demo, protes pemberian bonus didakwa tidak adil

The logo of Samsung Electronics is seen at the company's store in Seoul, South Korea, April 15, 2025. REUTERS/Kim Hong-Ji/File Photo
Tindakan tersebut susulan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja DX yang mendakwa ganjaran prestasi tahun ini jauh lebih rendah berbanding pekerja di bahagian semikonduktor Device Solutions (DS).
Advertisement

KIRA_KIRA 3,000 kakitangan bahagian Device eXperience (DX) Samsung Electronics dilapor merancang mengadakan perhimpunan pada 16 Julai ini bagi membantah jurang pemberian bonus antara divisyen syarikat tersebut.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung berhampiran kampus Samsung di Suwon dan dijangka disertai antara 2,000 hingga 3,000 pekerja, lapor Amanz.

Tindakan tersebut susulan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja DX yang mendakwa ganjaran prestasi tahun ini jauh lebih rendah berbanding pekerja di bahagian semikonduktor Device Solutions (DS).

Menurut laporan media, pekerja DX dijangka menerima saham syarikat bernilai kira-kira 6 juta won (sekitar RM19,000), manakala pekerja DS berpotensi menerima bonus sehingga 600 juta won seorang, iaitu perbezaan hampir 100 kali ganda.

Pada Jun lalu, pekerja DX turut mengadakan protes simbolik dengan memakai pakaian atau pelitup muka berwarna hitam ke tempat kerja sebagai tanda bantahan terhadap jurang ganjaran tersebut.

Sebelum ini, kesatuan pekerja bahagian semikonduktor berjaya mencapai persetujuan gaji dengan pihak pengurusan selepas mengancam untuk melancarkan tindakan mogok.

Hasil rundingan itu menyaksikan Samsung mewujudkan dana bonus khas bersamaan 10.5 peratus daripada prestasi operasi bahagian DS.

Pertikaian itu berlaku ketika Samsung dijangka mencatat lonjakan besar keuntungan operasi hasil permintaan kukuh terhadap cip memori DRAM dan NAND.

Bagaimanapun, prestasi bahagian DX yang mengendalikan telefon pintar, televisyen dan peralatan elektronik pengguna dilaporkan berdepan tekanan akibat peningkatan kos komponen serta margin keuntungan yang lebih kecil.

 

Must Watch Video

Advertisement