awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL
Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu
Uqasha Senrose, Kamal Adli sah cerai talak satu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan TikTok China miliki akses data pengguna di UK dan AS

Faida Rahim
Faida Rahim
05/11/2022
02:24 MYT
Kakitangan TikTok China miliki akses data pengguna di UK dan AS
Perkara ini telah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa di seluruh dunia termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat berhubung kebimbangan data yang boleh dihantar kepada kerajaan China. - Astro AWANI
BEIJING: Platform perkongsian video milik China, TikTok memaklumkan pengguna bahawa beberapa kakitangan di China mempunyai akses kepada data akaun di United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah.
Syarikat gergasi media sosial itu memaklumkan 'dasar privasi' adalah berdasarkan keperluan untuk melakukan tugas mereka.
Memetik laporan BBC, perkara itu turut mendapat perhatian daripada pihak berkuasa di seluruh dunia termasuk UK dan Amerika Syarikat (AS) berhubung kebimbangan data yang boleh dihantar kepada kerajaan China.
Sehubungan itu, awal minggu ini, seorang pegawai AS menyeru agar aplikasi itu diharamkan di AS. Dalam pada itu, TikTok berkata dasar itu terpakai kepada kawasan ekonomi Eropah, UK dan Switzerland.
Ketua privasi platform untuk Eropah, Elaine Fox berkata bahawa pasukan global membantu memastikan pengalaman pengguna "konsisten, menyeronokkan dan selamat".
Katanya, meskipun TikTok pada masa ini menyimpan data pengguna Eropah di AS dan Singapura, pihaknya membenarkan pekerja tertentu dalam kumpulan korporat yang terletak di Brazil, Kanada, China, Israel, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengakses ke data pengguna TikTok Eropah.
Beliau juga berkata pendekatan itu tertakluk kepada siri kawalan keselamatan dan protokol kelulusan dan melalui kaedah yang diiktiraf di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum.
Dalam masa sama, pemilik TikTok, ByteDance berulang kali menafikan ia dikawal oleh kerajaan China. Aplikasi ini telah mendapat perhatian oleh pihak berkuasa di UK, EU dan AS.
TikTok merupakan aplikasi media sosial yang paling pesat berkembang di dunia pada masa kini dan telah dimuat turun hampir empat bilion kali.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#TikTok
#China
#akses data pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan