[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Kamar Rayuan ICC tolak permohonan batalkan waran tangkap Netanyahu dan Gallant

Bernama 25/04/2025 | 04:35 MYT
Waran tangkap dikeluarkan berdasarkan bukti munasabah terhadap tanggungjawab Netanyahu (kiri) dan Gallant atas jenayah perang dan kemanusiaan. - Gambar fail/Reuters
THE HAGUE: Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.

Ringkasan AI
  • ICC menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, yang dikeluarkan pada 21 November 2024.
  • Mahkamah Rayuan ICC mengarahkan isu bidang kuasa, yang melibatkan jenayah di Gaza dan Tebing Barat, dikembalikan kepada Kamar Praperbicaraan untuk pemeriksaan lanjut.
  • Waran tangkap dikeluarkan berdasarkan bukti munasabah terhadap tanggungjawab Netanyahu dan Gallant atas jenayah perang dan kemanusiaan, meskipun semakan bidang kuasa sedang dijalankan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), dalam kenyataannya pada Khamis, ICC menjelaskan bahawa walaupun ia menerima rayuan Israel untuk pertimbangan semula mengenai bidang kuasa Mahkamah terhadap jenayah yang dilakukan di wilayah Palestin, keputusan itu tidak menjejaskan waran tangkap yang masih berkuat kuasa.
Isu bidang kuasa, menurut kamar itu, berkaitan sama ada ICC boleh mendakwa individu bagi jenayah yang didakwa dilakukan di Gaza dan Tebing Barat, kawasan yang kedaulatan dan kemerdekaan Palestin masih dipertikaikan.
Keputusan itu mengarahkan supaya isu bidang kuasa dikembalikan kepada Kamar Praperbicaraan ICC, yang pada asalnya mengeluarkan waran tangkap pada 21 Nov 2024. Kamar Praperbicaraan sebelum ini mendapati ada asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Kamar itu menegaskan bahawa waran tangkap tersebut tetap sah dan tidak terjejas oleh semakan bidang kuasa, yang kini akan diteruskan dengan pemeriksaan lanjut terhadap hujah undang-undang Israel.
-- BERNAMA
#Kamar Rayuan ICC #tolak rayuan #waran tanngkap #Benjamin Netanyahu #Israel #Gaza #terkini