awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2024
00:00 MYT
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu berkata Israel bersedia berlawan menggunakan jari dan tangan sendiri demi kemenangan. - Foto AP
BAITULMAQDIS: "Kami bersedia berperang bersendirian tanpa menggunakan senjata."
Kenyataan itu dikeluarkan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menyangkal ikrar Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk menghentikan bekalan senjata ke Israel jika mereka menyerang Rafah.
"Kami di ambang Hari Kemerdekaan. Dalam peperangan 76 tahun lalu, kami tidak mempunyai senjata kerana terdapat sekatan senjata terhadap Israel.
"Namun anggota tentera kami pada masa itu, berbekalkan semangat perjuangan, berjaya mencapai kemenangan.
"Hari ini kami lebih kuat dan bertekad untuk menumpaskan pihak lawan yang ingin menghancurkan kami.
"Jika perlu, kami akan berjuang menggunakan hanya kuku kami," katanya.
Komen itu menyusul selepas amaran Biden bahawa AS akan menghentikan bekalan senjata jika Israel menumpukan operasi ke Rafah, bandar selatan Gaza di mana lebih sejuta pelarian Palestin sedang berlindung.
Kereta kebal Israel menguasai bahagian Palestin di sempadan Rafah yang melintasi Mesir awal minggu ini.
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata tetapi setakat ini tidak mengarahkan tentera memasuki bandar itu.
Israel mendakwa, terdapat empat batalion pejuang Hamas berpangkalan di sana.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Rafah
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan