awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada hantar dua pesawat CAF C-17 bantu usaha pemindahan di Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2021
02:12 MYT
Kanada hantar dua pesawat CAF C-17 bantu usaha pemindahan di Afghanistan
Orang awam dilihat berpusu-pusu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai bagi meninggalkan Afghanistan. - Foto Marine Corps/Staff Sgt. Victor Mancilla/Handout via REUTERS
VICTORIA: Perdana Menteri Kanada memaklumkan dua pesawatnya jenis CAF C-17 akan melakukan penerbangan tetap ke Kabul untuk menyokong usaha pemindahan.
Namun Justin Trudeau akui, walaupun mempunyai kapasiti pesawat dan ruang, adalah mustahil untuk mengeluarkan semua yang mahu meninggalkan negara berkenaan.
Bagaimanapun, Tredeau memaklumkan bahawa aset dan anggota tentera Kanada tiba di Afghanistan untuk koordinasi di peringkat taktikal dengan Amerika Syarikat dan rakan sekutu lain.
Ini bagi membantu keselamatan warga Kanada, Afghanistan dan keluarga mereka.
"Kami berada di sana dengan pesawat udara, dengan ruang besar dalam pesawat demi menyelamatkan ramai, kecuali Taliban mengubah kedudukan mereka dengan ketara, yang merupakan sesuatu yang sedang diusahakan oleh masyarakat antarabangsa dan Kanada, adalah sangat sukar untuk memindahkan lebih ramai.
"Kita pasti akan mendapat beberapa, tetapi untuk memindahkan dengan banyak, seberapa banyak yang kita mahukan, hampir mustahil dalam beberapa minggu akan datang," katanya.
Trudeau berkata had itu bukan pada kapasiti dan ruang tetapi lebih kepada sekatan Taliban terhadap akses warga Afghanistan yang ingin keluar dari negara itu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Kanada
#Justin Trudeau
#Taliban
#orang awam
#CAF C-17
#Kabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan