DUNIA
Kanada keluarkan Syria daripada senarai negara penyokong keganasan
Langkah tersebut juga selari dengan usaha kerajaan peralihan Syria untuk meningkatkan kestabilan, membina masa depan yang inklusif dan selamat untuk rakyatnya. - AP
OTTAWA: Kanada pada Jumaat mengumumkan bahawa negara itu telah mengeluarkan Syria daripada senarai negara asing penyokong keganasan dan turut memadamkan Hay'at Tahrir al-Sham sebagai entiti pengganas, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan dikeluarkan Global Affairs Canada, langkah itu diambil selaras dengan keputusan terbaru yang dibuat oleh sekutu, termasuk Britain dan Amerika Syarikat.
"Keputusan ini tidak dibuat secara mudah; keselamatan rakyat Kanada akan kekal menjadi keutamaan Kerajaan Kanada," menurut kenyataan itu.
Langkah tersebut juga selari dengan usaha kerajaan peralihan Syria untuk meningkatkan kestabilan, membina masa depan yang inklusif dan selamat untuk rakyatnya, serta bekerjasama dengan rakan antarabangsa bagi memperkukuh kestabilan serantau dan memerangi keganasan, katanya.
Kanada ketika ini mengenakan sekatan terhadap 56 entiti Syria dan 225 individu, termasuk pegawai kanan bekas kerajaan Bashar al-Assad serta rakan dan ahli keluarga Assad.
-- BERNAMA