awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada lancar siasatan terhadap TikTok

Bernama
Bernama
24/02/2023
07:08 MYT
Kanada lancar siasatan terhadap TikTok
Perkembangan terkini berkaitan kebimbangan umum terhadap syarikat induk dari China itu yang dikatakan mengumpul data warga Kanada.
TRENTON: Kanada pada Khamis melancarkan siasatan terhadap gergasi media sosial TikTok di tengah-tengah kebimbangan syarikat induk dari China mengumpul data mengenai warga Kanada.
Pengumuman itu dibuat selepas tuntutan mahkamah di Kanada dan Amerika Syarikat telah diselesaikan, lapor Agensi Anadolu.
Menurut pesuruhjaya privasi dalam satu kenyataan, langkah itu juga diambil susulan banyak laporan media berkaitan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi di TikTok.Pesuruhjaya persekutuan ingin memastikan bahawa TikTok "mematuhi" peraturan privasi Kanada.
Pesuruhjaya juga akan menyiasat sama ada "persetujuan telah diperoleh untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi."
"Sebahagian pengguna TikTok adalah golongan muda. Memandangkan kepentingan melindungi privasi kanak-kanak, siasatan itu akan memberi tumpuan khusus pada amalan privasi TikTok kerana ia berkaitan dengan pengguna yang lebih muda, termasuk sama ada syarikat itu mendapat kebenaran yang sah daripada pengguna ini untuk sebarang pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi mereka," menurut pesuruhjaya itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap TikTok memberitahu Global News bahawa "privasi dan keselamatan komuniti TikTok sentiasa menjadi keutamaan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#TikTok
#siasatan
#pencurian data
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan