awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada, AS tegas komitmen sokong Ukraine dalam pertemuan dua hala

Agensi
Agensi
12/11/2025
23:30 MYT
Kanada, AS tegas komitmen sokong Ukraine dalam pertemuan dua hala
Anita Anand berkata, Kanada dan Amerika Syarikat mengulangi komitmen terhadap kemakmuran, keselamatan dan pertahanan jangka panjang Ukraine. - Gambar Reuters
ONTARIO: Kanada dan Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmen terhadap kemakmuran, keselamatan dan pertahanan jangka panjang Ukraine.
Menteri Luar Kanada, Anita Anand pada Rabu berkata, perkara itu disuarakan dalam pertemuan dua hala dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio yang turut membincangkan usaha memajukan keamanan di Timur Tengah, krisis di Haiti serta isu kedaulatan Artik.
"Saya mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Rubio. Dalam pertemuan dua hala itu, kami membincangkan beberapa isu, termasuk perang haram di Ukraine, laluan ke arah keamanan di Timur Tengah dan bagaimana kami boleh bekerjasama untuk menggerakkan usaha tersebut.
"Kami turut membincangkan krisis berterusan di Haiti yang telah kami tangani secara intensif sejak beberapa bulan lalu serta isu kedaulatan Artik," katanya.
Tambah Anand, sokongan kepada Kyiv kekal sebagai fokus utama Kanada dalam kepresidenan Kumpulan Tujuh (G7). - Agensi
Topic Berkaitan
#Marco Rubio
#Ukraine
#Kanada
#Anita Anand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan