awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada tidak akan haramkan burkini - Justin Trudeau

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2016
07:00 MYT
Kanada tidak akan haramkan burkini - Justin Trudeau
Kanada tetap dengan pendirian menghormati hak beragama - Trudeau
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau, memaklumkan negaranya tidak akan turut sama dalam pengharaman pemakaian burkini, seperti yang dilakukan di beberapa bandar di Perancis.
Memetik laporan The Guardian, Trudeau berkata, sebagai negara yang menghormati hak beragama, perkara seperti itu tidak akan wujud dalam pentadbirannya.
"Di Kanada, kita sering bercakap tentang penerimaan, keterbukaan, persahabatan dan saling memahami. Itu hala tuju kita dan ia membabitkan kepelbagaian dalam persekitaran harian komuniti rakyat di negara ini," kata Trudeau selepas satu mesyuarat bersama jemaah menteri awal hari ini.
"Toleransi bermaksud menerima hak mereka dalam menjalani kehidupan, tidak kira bagaimana berbezanya cara mereka daripada kita," tambah Trudeau.
Kenyataan itu sebagai balasan kepada pendapat yang dikeluarkan beberapa pihak yang mahu Kanada mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan Perancis.
Sekurang-kurangnya 15 buah bandar di Perancis telah mengharamkan pemakaian burkini, yang merupakan pakaian renang yang direka khusus untuk wanita Islam.
BACA: Burkini: Diharamkan di Perancis, namun jualan meningkat di Australia
Antara bandar terbabit termasuklah Nice, yang pernah menjadi sasaran serangan kumpulan pengganas pada 14 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#burkini
#Justin Trudeau
#Kanada
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan