Seorang kanak-kanak perempuan antara lima terbunuh dalam insiden tembakan di Chicago ketika sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).

Polis mendakwa, kanak-kanak itu ditembak ketika berada di pekarangan rumah neneknya pada 4 Julai di kejiranan Austin.

Suspek dilaporkan keluar dari kereta dan mula menembak.

Seorang lelaki, 32 tahun dilaporkan cedera.

Polis mendakwa masih belum membuat sebarang tangkapan.

Insiden tembakan turut berlaku di bandar sama, dekat Englewood, di mana empat lelaki dilaporkan melepaskan tembakan rambang di perhimpunan pada malam Sabtu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan dua lelaki maut di tempat kejadian dan dua lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia 14 tahun meninggal dunia di hospital.

Empat yang lain cedera dan seorang dalam keadaan kritikal.

Keempat-empat suspek dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dan masih belum ditangkap.