awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tujuh tahun maut ditikam warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2019
21:48 MYT
Kanak-kanak tujuh tahun maut ditikam warga emas
Wanita warga emas terbabit tidak mengenali mangsa dan motif serangan masih tidak diketahui. - Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilapor maut ditikam seorang wanita berusia 75 tahun ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Dalam kejadian 12.45 tengahari 21 Mac lalu, kanak-kanak sekolah terbabit ditikam di bahagian leher ketika melalui kawasan St Galler-Ring di bandar Basel.
Mangsa ditemui oleh gurunya dengan kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital namun meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut pihak berkuasa, warga emas terbabit menyerah diri dan memaklumkan dia telah menyerang mangsa.
"Terdapat laporan menyatakan terdapat seorang warga emas berada di lokasi kejadian dan tidak lama kemudian, seorang wanita warga Switzerland berusia 75 tahun menyerah diri kepada pihak berkuasa.
"Dia berkata telah menikam kanak-kanak tersebut, namun motif serangan masih tidak diketahui," kata jurucakap polis, Peter Gill sambil menambah pihaknya meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.
Laporan turut mengatakan wanita warga emas terbabit tidak mengenali mangsa atau mana-mana ahli keluarganya yang berasal dari Kosovo.
Warga emas itu kini dilaporkan menjalani ujian psikiatri susulan jenayah yang menggemparkan negara itu. - DAILYMAIL
Topic Berkaitan
#Basel
#Kanak-kanak
#maut
#tikam
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan