awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak, anggota polis maut serangan bom di Songkla

Bernama
Bernama
11/04/2016
16:35 MYT
Kanak-kanak, anggota polis maut serangan bom di Songkla
Seorang anggota polis dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana di wilayah bergolak selatan Thai pada 5.30 petang tadi. - Foto BERNAMA
Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut, manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana, di selatan Thai, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanachai berkata empat daripada yang tercedera dalam kejadian pada 5.30 petang itu, adalah dua anggota polis dan dua kanak-kanak perempuan.
Kanak-kanak lelaki yang maut itu dikenali sebagai Ahmad Yassin Madsan, manakala dua kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mangsa yang terbunuh itu, katanya.
"Bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang di parkir di tempat letak kenderaan stesen berkenaan. Letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata empat lagi yang cedera adalah orang awam yang berada di lokasi kejadian ketika bom yang dipasang pada motosikal itu meletup.
Akkapop berkata setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan bom itu, dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#Chana
#Selatan Thai
#serangan bom
#Songkla
#stesen kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan