awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mati kebuluran, 'ibu' lari ikut lelaki lain

Agensi
Agensi
23/03/2021
23:26 MYT
Kanak-kanak mati kebuluran, 'ibu' lari ikut lelaki lain
Mangsa ditemui mati pada 10 Februari lalu dan pasukan penyiasat percaya mangsa telah meninggal dunia akibat kebuluran sejak enam bulan sebelum itu. - Gambar hiasan / pixabay
SEORANG kanak-kanak maut akibat kebuluran di dalam sebuah rumah kosong kerana ditinggalkan 'ibunya' selepas lari bersama seorang lelaki lain.
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu ditemui mati di kediamannya bandar Gumi, Korea Selatan dan polis telah menahan ibu kandung serta kakaknya.
Mangsa ditemui mati pada 10 Februari lalu dan pasukan penyiasat percaya mangsa telah meninggal dunia akibat kebuluran sejak enam bulan sebelum itu.
Bagaimanapun, ujian DNA mendedahkan wanita yang ditahan, yang dikenali sebagai Kim, merupakan kakak kandung kepada mangsa.
Sebaliknya, siasatan terperinci mendapati individu yang mendakwa dirinya nenek mangsa, Seok, 49 adalah ibu kandung mangsa.
Media tempatan melaporkan wanita itu menyerahkan anak yang baharu dilahirkannya kepada anak sulungnya untuk dijaga bersama suaminya ketika itu.
Malah, ujian DNA turut mendedahkan suami Seok bukan bapa kandung mangsa.
Justeru, pihak polis kini cuba mengesan bapa kandung mangsa.
Kakak mangsa, Kim dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, Hong pada April tahun lalu, sekali gus mengabaikan adik bongsunya itu dan hidup bersama seorang lelaki lain.
Sebagai penjaga kepada mangsa, Kim berdepan pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#pengabaian kanak-kanak
#mati kebuluran
#maut
#meninggal dunia
#Korea Selatan
#kanak-kanak mati
#kematian akibat kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan