DUNIA
Kapal bantuan menuju Gaza belayar dari Itali, cubaan terbaharu tembus sekatan Israel
Kapal Handala membawa bekalan perubatan, makanan dan peralatan bantuan untuk kanak-kanak Palestin di Gaza. - X: @GazaFFlotilla
ISTANBUL: Sebuah kapal bantuan menuju Gaza belayar daripada Pelabuhan Gallipoli di selatan Itali pada pagi Ahad dalam usaha terbaharu untuk menembusi sekatan Israel yang berpanjangan ke atas wilayah Palestin itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Misi ini adalah untuk kanak-kanak Gaza," kata penganjur, Freedom Flotilla Coalition dalam kenyataan.
"Menghadapi pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran yang disengajakan, setiap tindakan solidariti amat bermakna. Selagi Israel terus menikmati kekebalan, keganasan akan berterusan."
Kapal bernama Handala, sebuah kapal nelayan Norway tahun 1968 yang diubah suai, membawa bekalan perubatan, makanan dan peralatan bantuan untuk kanak-kanak Palestin di Gaza.
Ia dikendalikan oleh kira-kira 20 peserta antarabangsa termasuk Ahli Parlimen Eropah, aktivis hak asasi manusia dan wartawan.
Penganjur memaklumkan bahawa pelayaran yang dijadualkan pada Jumaat itu ditunda ke Ahad berikutan "persiapan teknikal dan logistik terakhir." Kapal itu dijangka mengambil masa kira-kira seminggu merentasi Laut Mediterranean untuk sampai ke perairan berhampiran Gaza, meliputi jarak sekitar 80 kilometer.
Misi ini menyusuli pelayaran Madleen pada Jun lepas yang dipintas oleh tentera laut Israel sebelum sampai ke Gaza.
Gabungan itu menegaskan bahawa "ugutan dan penahanan tidak akan menyekat gelombang sokongan global terhadap rakyat Palestin."
Antara penumpang kapal Handala ialah Ahli Parlimen Perancis Emma Fourreau dan Gabrielle Cathala daripada Parti France Unbowed (LFI), aktivis Palestin-Amerika Huwaida Arraf dan pemimpin kesatuan sekerja Amerika Chris Smalls.
"Kami sedar sepenuhnya akan risikonya, tetapi ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang ditanggung oleh kanak-kanak Gaza setiap hari. Kami menyokong keamanan dan undang-undang antarabangsa," kata Ahli Parlimen Eropah Fourreau dalam satu kenyataan sebelum berlepas.
Inisiatif ini berlangsung ketika Gaza berdepan krisis kemanusiaan yang dahsyat selepas lebih 20 bulan peperangan dan sekatan sepenuhnya.
-- BERNAMA

#Handala
#kapal misi bantuan
#Freedom Flotilla Coalition
#gallipoli
#Itali
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Palestin