INTERNATIONAL
Kapal bawa 640 kontena, bahan kimia berbahaya karam di selatan India
Kapal skontena sepanjang 184 meter itu dilaporkan dalam pelayaran dari pelabuhan Vizhinjam ke Kochi. - X @Anand02908794
NEW DELHI: Sebuah kapal kontena yang membawa muatan ratusan kontena dan bahan kimia berbahaya karam di perairan selatan India pada pagi Ahad selepas usaha menyelamatkannya gagal.
Kesemua 24 kru kapal MSC ELSA 3 yang berdaftar di Liberia berjaya diselamatkan oleh Pengawal Pantai India (ICG) dan tentera laut negara itu.
Kru kapal itu terdiri daripada 20 warga Filipina, dua warga Ukraine, seorang warga Georgia dan seorang warga Rusia.
Kapal sepanjang 184 meter itu dalam pelayaran dari pelabuhan Vizhinjam ke Kochi.
MSC ELSA 3 membawa 640 kontena, termasuk 13 yang mengandungi kargo berbahaya dan 12 lagi mengandungi kalsium karbida.
Ia mula condong pada Sabtu, kira-kira 38 batu nautika ke barat daya Kochi.
Kapal peronda ICG dan kapal dagang MV Han Yi serta MSC Silver 2 telah dilencongkan untuk membantu kapal yang karam itu sekitar 7.50 pagi Ahad, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India.
Memandangkan ekosistem marin di pesisir pantai Kerala yang sensitif, pihak ICG telah mengaktifkan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi sebarang tumpahan pencemaran, menurut kementerian itu.
"Pesawat ICG yang dilengkapi sistem pengesanan tumpahan minyak canggih sedang menjalankan pengawasan udara manakala kapal ICG Saksham yang membawa peralatan tindak balas pencemaran kekal ditempatkan di lokasi. Setakat ini tiada tumpahan minyak dilaporkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA