awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal layar mewah karam di Itali

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2022
23:00 MYT
Kapal layar mewah karam di Itali
Sebuah kapal layar mewah tenggelam di perairan Itali pada Ahad lalu. - Foto Twitter/guardiacostiera
ROM: Sebuah kapal layar mewah sepanjang lebih 39 meter karam di pantai selatan Itali selepas mengalami masalah ketika belayar pada Sabtu lalu.
Kapal layar bernama 'Saga' yang dibina di Monaco pada tahun 2007, sedang belayar dari Gallipoli ke Milazzo di pulau Sicily.
Semasa menyeberangi Teluk Squillace, kapal itu mengalami masalah menyebabkan kaptennya menghantar panggilan kecemasan pada lewat malam.
Sebuah kapal pengawal pantai telah dihantar dari pelabuhan Crotone dan mendapati kapal layar itu dimasuki air di hujung buritannya sekitar sembilan batu nautika dari Marina Catanzaro.
Tragedi | Kapal layar mewah karam di Itali
Empat penumpang dan seorang anak kapal, semuanya berbangsa Itali segera dibawa turun dari kapal layar tersebut dengan meninggalkan empat anak kapal lain termasuk kapten ketika mereka cuba menyelamatkannya.
Kapal itu kelihatan senget ke kanan ketika kejadian.
Sebuah bot tunda kemudiannya dihantar dari Crotone untuk mencuba kapal layar tersebut.
Operasi menyelamat telah dijalankan tetapi rakaman video yang diambil oleh pengawal pantai Itali menunjukkan buritan kapal layar itu akhirnya hilang di bawah ombak dan air mencecah garisan bumbungnya.
Ia memaksa pasukan penyelamat berhenti untuk menundanya dan kapal layat tersebut mula tenggelam dengan cepat.
Kapal layar itu akhirnya tenggelam sekitar jam 1 tengah hari Ahad dengan empat anak kapal di dalamnya dibawa ke tempat yang selamat. -Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#Saga
#kapal layar mewah karam
#Teluk Squillace
#pelabuhan Crotone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan