DUNIA
Kapal pengangkut pesawat British diletakkan di bawah perintah NATO
Penempatan kapal tersebut di bawah arahan NATO membuktikan komitmen United Kingdom terhadap dasar "NATO-first", seperti yang digariskan dalam Kajian Pertahanan Strategik awal tahun ini. - Foto www.royalnavy.mod.uk
LONDON: Sebuah kapal pengangkut pesawat British diletakkan di bawah arahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), langkah pertama seumpamanya di Eropah, ketika dua menteri kanan Britain melawat Itali bagi menandakan perkembangan bersejarah itu, lapor PA Media/dpa.
Ringkasan AI
Setiausaha Pertahanan Britain, John Healey berkata kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales, iaitu satu daripada dua kapal jenis itu dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja bersama armada pesawat pejuang F-35 kini komited untuk menyertai latihan NATO di Mediterranean.
Healey dan Setiausaha Luar Britain Yvette Cooper akan melawat Naples pada Isnin dan menjadi tuan rumah kepada rakan sejawat mereka dari Itali di atas kapal itu.
Menerusi langkah ini, NATO buat kali pertama mempunyai kumpulan serangan kapal pengangkut (carrier strike group) di bawah arahan langsungnya. Kumpulan itu merangkumi HMS Prince of Wales, kapal-kapal sokongan serta pesawat pejuang F-35.
Pesawat F-35 itu sebelum ini turut menyertai latihan bersama pesawat Itali dalam Latihan NATO Falcon Strike.
Healey berkata penempatan kapal tersebut di bawah arahan NATO membuktikan komitmen United Kingdom terhadap dasar "NATO-first", seperti yang digariskan dalam Kajian Pertahanan Strategik awal tahun ini.
Pelan itu menekankan keperluan UK untuk meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan, memberi keutamaan kepada pertahanan di Eropah serta memperkukuh angkatan bersama dalam pakatan Barat.
"Kita berada dalam era ancaman baharu yang menuntut pendekatan pertahanan baharu.
"Kekuatan kita datang daripada keupayaan ketenteraan yang kukuh dan pakatan yang utuh. Maka amat tepat untuk menandakan detik ini bersama satu daripada sekutu NATO paling rapat kita di Itali," kata Healey.
Healey dan Cooper dijangka mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto dan Menteri Luar Antonio Tajani di atas kapal HMS Prince of Wales.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kapal pengangkut pesawat British, HMS Prince of Wales, diletakkan di bawah arahan NATO, menandakan langkah pertama seumpamanya di Eropah, bertujuan untuk menyertai latihan NATO di Mediterranean.
- Tindakan ini menjadikan NATO memiliki kumpulan serangan kapal pengangkut (carrier strike group) untuk pertama kalinya, merangkumi HMS Prince of Wales, kapal sokongan, dan pesawat pejuang F-35.
- Penempatan kapal di bawah arahan NATO menunjukkan komitmen United Kingdom terhadap dasar "NATO-first" serta keperluan untuk meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan dan memperkukuh angkatan bersama dalam pakatan Barat.