awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal persiaran mega buatan China selesai jalani pelayaran percubaan

Bernama
Bernama
25/07/2023
08:57 MYT
Kapal persiaran mega buatan China selesai jalani pelayaran percubaan
Pelayaran percubaan yang bermula pada 17 Julai itu melibatkan ujian merangkumi lebih 60 aspek, termasuk sistem pendorong, sistem pengendalian dan keselesaan. -Web www.cruisemapper.com
BEIJING: Adora Magic City, iaitu kapal persiaran mega buatan China yang pertama selamat berlabuh di pelabuhan Shanghai pada Isnin, selepas menyelesaikan pelayaran percubaan selama lapan hari.
Pelayaran percubaan kali ini telah mencapai piawaian yang ditetapkan, sekali gus menandakan pencapaian signifikannya dan fasa penyerahan kepada pembeli dijadualkan pada penghujung tahun ini.
Untuk rekod, pelayaran percubaan yang bermula pada 17 Julai itu melibatkan ujian merangkumi lebih 60 aspek, termasuk sistem pendorong, sistem pengendalian dan keselesaan.
Ketua arkitek projek kapal persiaran mega dari syarikat China Shipbuilding, Zhou Qi, berkata pihaknya telah berjaya menyelesaikan misi pelayaran percubaan pertama mengikut jadual.
"Ia bukan sahaja untuk mengesahkan kuasa pelayaran kapal, tetapi juga untuk memeriksa keselesaan seluruh kapal dan menguji pengoperasian pelbagai sistem.
"Ini ujian komprehensif kali pertama," katanya.
Menurut laporan, seramai 1,217 individu menyertai pelayaran percubaan itu dan Adora Magic City kini berada pada fasa penyahpepijatan sistem peralatan dan hiasan dalaman.
Kejayaan pelayaran berkenaan turut meletakkan asas kukuh untuk pelayaran percubaan kali kedua dan penamaan serta penyerahan pada penghujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adora Magic City
#kapal persiaran mega
#selesai pelayaran percubaan
#China Shipbuilding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan