Kapal tangki dan kapal kargo bertembung, 14 kru dilapor hilang

Agensi
Ogos 21, 2020 02:22 MYT
Kapal yang mengangkut 3,000 tan gasolin bertembung dengan kapal kargo yang membawa pasir dan batu kelikir. -Foto CCTV
Sebuah kapal tangki dilapor berlanggar dengan kapal kargo kira-kira 1.5 batu nautika dari Sungai Yangtze awal pagi Khamis.
Kejadian yang berlaku jam 3.39 pagi itu menyaksikan kapal yang mengangkut 3,000 tan minyak gasolin telah bertembung dengan kapal kargo yang membawa pasir dan batu kelikir, menyebabkan kebakaran besar di dek kapal.
Kapal kargo itu dilaporkan karam sejurus selepas perlanggaran.
Agensi berita CCTV melaporkan, setakat ini, tiga mangsa berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun 14 lagi masih gagal ditemukan.
#CCTV #gasolin #hilang #kapal kargo #kapal tangki minyak #karam #kebakaran #minyak #operasi #Shanghai