awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki Thai disamun lanun luar perairan Kuantan, diesel lesap

Bernama
Bernama
26/06/2017
10:55 MYT
Kapal tangki Thai disamun lanun luar perairan Kuantan, diesel lesap
Sebuah kapal tangki membawa minyak diesel milik syarikat Thailand disamun sekumpulan lelaki dipercayai lanun ketika berada di perairan luar Kuantan pada kira-kira 9 malam 23 Jun lepas. --fotoBERNAMA
Sebuah kapal tangki membawa minyak diesel milik syarikat Thailand disamun sekumpulan lelaki dipercayai lanun ketika berada di perairan luar Kuantan pada 23 Jun lepas.
Ketua Tentera Laut Thailand Bahagian ke-2 Laksamana Pornchai Pinthong berkata sekumpulan enam atau tujuh lanun itu berjaya mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan yang dibawa kapal itu.
"Kapal itu yang membawa muatan diesel dalam pelayaran ke Songkla dari Singapura," katanya kepada pemberita hari ini.
Kapal tangki dikenali CP14 itu yang membawa 17 anak kapal meneruskan pelayaran ke Thailand selepas kejadian dan selamat tiba di perairan Songkla petang semalam, katanya.
Pinthong berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam di perairan Kuantan apabila kapal tangki itu dinaiki kumpulan lanun terbabit yang bertindak mengikat kapten dan kesemua anak kapal serta memusnahkan peralatan sistem amaran keselamatan kapal.
Kesemua lanun itu membawa senjata dan mengancam akan mencederakan anak kapal jika tidak mengikut arahan, katanya dan menambah, kesemua anak kapal bagaimanapun tidak dicederakan.
Beliau juga berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berkenaan kejadian terbabit untuk tindakan lanjut.
Tentera Laut Thailand turut meminta kapal-kapal supaya berhati-hati ketika belayar di kawasan perairan terbabit berikutan ancaman daripada lanun.
Hari ini, Tentera Laut Thailand menghantar kapal tenteranya ke kapal tangki terbabit yang sedang berlabuh di perairan berhampiran Pulau Tikus, Songkla untuk memeriksa keadaan kapal itu serta krunya.
Pemeriksaan turut disertai pegawai Jabatan Kastam serta Jabatan Khidmat dan Perlindungan Buruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CP14
#diesel
#kapal tangki
#Kuantan
#samun
#Songkla
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan