DUNIA
Kapal tentera laut Mexico siap diperbaiki kembali ke negara asal selepas insiden Jambatan Brooklyn
Presiden Claudia Sheinbaum memberi penghormatan kepada dua rekrut muda yang terkorban serta memuji ketabahan dan solidariti kru kapal Cuauhtemoc. - Foto REUTERS
MEXICO CITY: Kepulangan kapal latihan Tentera Laut Cuauhtemoc, yang selesai dibaik pulih selepas melanggar Jambatan Brooklyn di New York enam bulan lepas, disambut dalam satu majlis di Mexico.
Ringkasan AI
Presiden Claudia Sheinbaum dilihat dalam foto dan klip video yang disiarkan pada Ahad ketika kapal itu memasuki Pelabuhan Veracruz di Teluk Mexico. Kapal itu dibaiki di Amerika Syarikat.
Sheinbaum turut memberi penghormatan kepada dua rekrut muda yang terkorban dalam insiden pada malam 17 Mei itu, lapor media Mexico.
Beliau juga memuji kru kapal berkenaan kerana menunjukkan ketabahan dan solidariti pada waktu sukar.
Seramai 277 orang berada di atas kapal tiga tiang layar Cuauhtemoc ketika kejadian di New York berlaku.
Majlis itu turut menandakan ulang tahun ke-200 kemerdekaan Mexico di laut. Pada 1825, tentera Mexico menawan San Juan de Ulua di Veracruz, benteng terakhir pemerintahan Sepanyol di Mexico moden.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kepulangan kapal latihan Tentera Laut Cuauhtemoc disambut dalam majlis di Mexico selepas dibaik pulih daripada insiden melanggar Jambatan Brooklyn di New York enam bulan lalu.
- Presiden Claudia Sheinbaum memberi penghormatan kepada dua rekrut muda yang terkorban serta memuji ketabahan dan solidariti kru kapal Cuauhtemoc.
- Majlis tersebut turut menandakan ulang tahun ke-200 kemerdekaan Mexico di laut dengan mengenang penawan San Juan de Ulua di Veracruz pada 1825.