INTERNATIONAL
Kardinal gereja Katolik bermesyuarat Isnin ini bincang pemilihan Pope baharu

Para kardinal sebelum ini mengadakan beberapa pertemuan pada hari-hari menjelang upacara pengebumian Paus Francis yang berlangsung pada Sabtu lalu. - Gambar/ Reuters
ROM: Kardinal Gereja Katolik yang tiba di Rom akan bermesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan pemilihan paus yang baharu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Kardinal Gereja Katolik akan bermesyuarat pada Isnin ini di Rom untuk membincangkan pemilihan paus yang baharu, selepas kematian Paus Francis.
- Tarikh rasmi pemilihan paus di Gereja Kecil Sistine belum ditetapkan, tetapi dijangka paling awal pada 5 Mei. Kardinal perlu memperoleh dua pertiga undian dalam sidang sulit untuk dipilih sebagai paus.
- Setelah paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan daripada serombong di atas bumbung Gereja Kecil Sistine sebagai tanda pemilihan selesai.
Sejak beberapa hari lalu, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon-calon yang berpotensi serta individu yang menjadi pilihan utama.
Para kardinal sebelum ini mengadakan beberapa pertemuan pada hari-hari menjelang upacara pengebumian Paus Francis yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Tarikh rasmi bagi proses pemilihan paus di Gereja Kecil Sistine masih belum ditetapkan, namun tarikh paling awal berkemungkinan pada 5 Mei.
Untuk dipilih sebagai paus, seseorang kardinal perlu memperoleh dua pertiga undian dalam sidang sulit. Proses pengundian dijalankan sekali pada hari pertama, diikuti empat kali sehari pada hari-hari berikutnya.
Setelah paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan daripada serombong yang dipasang di atas bumbung Gereja Kecil Sistine sebagai tanda pemilihan selesai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami