DUNIA
Kata dua Trump kepada Zelenskyy: "Terima syarat Putin atau Rusia akan ' musnahkan' Ukraine"
Semasa mengadakan pertemuan di White House, Washington pada Jumaat lalu, Presiden Trump (kiri) menggesa Presiden Zelenskyy supaya menerima syarat Moscow bagi menamatkan peperangan dengan Rusia. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilapor menggesa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy supaya menerima syarat Moscow bagi menamatkan peperangan dengan Rusia - termasuk menyerahkan keseluruhan wilayah Donbas dalam satu pertemuan di White House, di sini, pada Jumaat lalu.
Menurut laporan Financial Times yang dipetik pada Ahad, Trump memberi amaran bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin akan “memusnahkan” Ukraine sekiranya Kiev enggan mematuhi tuntutan tersebut.
Sumber memaklumkan, semasa mesyuarat berkenaan, Trump berulang kali mengulangi hujah yang sama seperti disuarakan Putin dalam perbualan telefon mereka sehari sebelumnya, sambil menegaskan agar Zelenskyy menyerahkan seluruh wilayah Donbas Timur kepada Rusia.
Bagaimanapun, laporan itu menyebut bahawa Ukraine akhirnya berjaya meyakinkan Trump supaya menyokong cadangan pembekuan garisan semasa medan perang, sebagai kompromi sementara.
Selepas pertemuan itu, Trump memberitahu media bahawa kedua-dua pihak perlu menghentikan perang “pada garisan pertempuran,” manakala Zelenskyy pula menyifatkannya sebagai “titik penting” dalam rundingan.
White House setakat ini belum mengulas laporan berkenaan.
Zelenskyy tiba di Washington dengan harapan memperoleh bantuan senjata baharu, namun berdepan seorang presiden yang kelihatan lebih berminat menjadi perantara perdamaian.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa dalam panggilan telefon sehari sebelumnya, Putin menawarkan kompromi - menyerahkan sebahagian kecil wilayah Kherson dan Zaporizhzhia kepada Ukraine - sebagai tukaran untuk kawasan Donbas yang lebih luas kini dikuasai Kiev.
Tuntutan itu jauh lebih kecil berbanding permintaan asal Moscow pada 2024 yang mahu Ukraine
menyerahkan keseluruhan Donbas serta Kherson dan Zaporizhzhia - melibatkan kawasan hampir 20,000 kilometer persegi.
Trump dan Putin dilapor bersetuju mengadakan sidang kemuncak kedua mengenai perang Ukraine dalam tempoh dua minggu, berkemungkinan di Budapest, Hungary, selepas pertemuan pertama di Alaska pada 15 Ogos lalu gagal mencapai sebarang hasil.
Dalam wawancara bersama Fox News yang disiarkan Ahad, namun dirakam sebelum perbualannya dengan kedua-dua pemimpin minggu lalu, Trump ditanya sama ada Putin bersedia menamatkan perang tanpa mengambil wilayah besar Ukraine.
Jawabnya: “Dia pasti akan ambil sesuatu. Mereka sudah berperang, dan dia sudah menawan beberapa wilayah. Kita satu-satunya negara yang berperang, menang, kemudian pergi tanpa ambil apa-apa.”
Serangan dron Ukraine bakar loji gas Rusia
Sementara itu, Ukraine dilaporkan melancarkan serangan dron besar-besaran terhadap sebuah loji pemprosesan gas utama Rusia di wilayah Orenburg, menyebabkan kebakaran besar dan operasi pengambilan gas dari Kazakhstan terpaksa dihentikan.
Loji yang dikendalikan syarikat gergasi Gazprom itu merupakan antara kompleks pemprosesan gas terbesar dunia, dengan kapasiti tahunan 45 bilion meter padu.
Gabenor wilayah, Yevgeny Solntsev berkata, serangan tersebut menyebabkan kebakaran di sebuah bengkel dan merosakkan sebahagian fasiliti.
Kementerian Tenaga Kazakhstan turut mengesahkan loji itu tidak dapat memproses gas asal negaranya buat sementara waktu akibat “situasi kecemasan susulan serangan dron.”
Kenyataan Angkatan Tentera Ukraine pula menyebut satu daripada unit pemprosesan dan penulenan gas loji tersebut rosak teruk.
Kiev sejak beberapa bulan kebelakangan ini meningkatkan serangan terhadap infrastruktur tenaga Rusia, yang menurutnya digunakan Moscow untuk membiayai dan menggerakkan usaha perang.
Dalam serangan lain, pendakwa Ukraine mendakwa Rusia kini menggunakan bom berpandu udara jenis baharu UMPB-5R, yang mampu terbang sehingga 130 kilometer, bagi menyerang kawasan kediaman di Lozava, selatan Kharkiv.
Serangan dron Rusia ke atas wilayah Dnipropetrovsk pula mencederakan sekurang-kurangnya 11 orang, selain merosakkan 14 bangunan pangsapuri lima tingkat dan sebuah kedai.
Tentera Ukraine turut mendakwa satu lagi serangan dron mereka mengenai loji penapisan minyak Novokuibyshevsk di wilayah Samara, berhampiran Orenburg, menyebabkan kebakaran dan kerosakan pada unit penapisan utama.
Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa 45 dron Ukraine berjaya dipintas, termasuk 12 di Samara, satu di Orenburg dan 11 di Saratov.
Sebagai tindak balas, tentera udara Ukraine melaporkan bahawa Rusia melancarkan 62 dron ke wilayah Ukraine sepanjang malam Sabtu, namun 40 daripadanya berjaya ditembak jatuh atau disasar keluar laluan melalui gangguan elektronik. - Agensi

#konflik Rusia-Ukraine
#kata dua Trump
#Volodymyr Zelenskyy
#Vladimir Putin
#syarat Putin
#wilayah Donbas