INTERNATIONAL

Kate Middleton dimasukkan ke hospital, bakal lahir bayi ketiga

Agensi 23/04/2018 | 09:58 MYT
Putera William dan isterinya Kate Middleton serta anak-anak mereka Putera George dan Puteri Charlotte. - REUTERS/Christian Charisius/File Photo
ISTERI Putera William, Kate Middleton, dimasukkan ke hospital awal hari ini selepas dilaporkan mengalami tanda-tanda awal untuk bersalin.
Satu kenyataan daripada Istana Kensington memaklumkan Middleton ke Hospital St Mary ditemani William, sebelum dimasukkan ke wad diraja.
Berdasarkan kelahiran sebelum ini, media antarabangsa menjangkakan Middleton akan melahirkan bayi ketiganya itu sebelum malam ini (waktu Britain).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bayi itu nanti akan berada di tempat kelima dalam senarai perwarisan takhta diraja Britain, di belakang datuknya Putera Charles, bapanya Putera William, serta abang dan kakaknya Putera George dan Puteri Charlotte.
Ini sekali gus meletakkan bapa saudaranya Putera Harry di tempat keenam.
Biarpun jantinanya belum diketahui, namun beberapa nama diramal akan dipilih pasangan diraja itu untuk bayi mereka, antaranya Alice, Mary, Arthur dan Philip.
BACA: Demi anak ketiga William dan Kate, peminat sanggup 'berkampung' di hospital
#anak #bayi #Britain #Hospital #Kate Middleton #kelahiran #keluarga diraja #Putera William