LONDON: Puteri Wales, Kate Middleton semakin memperlihatkan “kemajuan yang baik" selepas diagnosis kansernya dan akan menghadiri acara Trooping the Color hari ini (Sabtu).
Ini akan menjadi penampilan umum pertamanya tahun ini selepas didiagnos dan menjalani pembedahan pada Januari lalu.
Bagaimanapun, dalam mesej peribadinya, beliau berkata, rawatannya masih berterusan dan akan diteruskan untuk beberapa bulan lagi.
"Saya belum bebas sepenuhnya daripada kesakitan itu," kata puteri itu lagi.
Ini merupakan kemas kini paling signifikan mengenai kesihatan Kate sejak pendedahan pada Mac lalu yang memaklumkan beliau menghidap kanser dalam kenyataan yang ditulis beliau sendiri.
Kenyataan itu turut diiringi gambar terbaharu puteri yang diambil oleh jurugambar Matt Porteous yang dirakamkan berhampiran rumahnya di Windsor.
Dalam kenyataan tersebut, turut tersirat mesej positif.
"Sesiapa yang menjalani kemoterapi akan tahu, ada hari baik dan hari buruk.
"Pada hari-hari buruk itu anda berasa lemah, letih dan anda perlu mengalah untuk berehat. Tetapi pada hari-hari yang baik, apabila anda berasa lebih kuat, anda ingin memanfaatkan sepenuhnya perasaan yang sihat itu," kata puteri itu lagi.
"Saya sedang belajar bagaimana untuk bersabar terutamanya dengan ketidakpastian. Melalui setiap hari yang mendatang, memahami keadaan tubuh saya dan membenarkan diri saya mengambil masa yang diperlukan untuk kembali sembuh."
Bagi acara Trooping the Colour, Kate akan berada dalam perarakan kereta bersama anak-anaknya dan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga yang melambai dari balkoni Istana Buckingham.
Acara ini adalah perarakan hari jadi bagi raja dan jurucakap istana berkata, Raja Charles III "gembira kerana puteri itu dapat menghadiri acara esok."
Puteri itu juga menzahirkan terima kasih atas mesej sokongan orang ramai semasa beliau melalui saat-saat yang sukar dan menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan masyarakat.
"Mesej-mesej yang disampaikan benar-benar mengubah kehidupan William dan saya dan telah membantu kami berdua melalui beberapa masa yang sukar," tulis Kate dalam mesej itu.
Kate telah mula bekerja dari rumah dan menjangka untuk menghadiri beberapa acara sepanjang musim panas.
Bagaimanapun, Istana Kensington telah menekankan kemunculan Kate ini tidak bermakna beliau akan kembali aktif sepenuh masa, sebaliknya, sebarang rancangan boleh diubah dalam masa yang singkat.
Dalam perkembangan sama, Cancer Research United Kingdom mengucapkan terima kasih kepada Kate kerana berkongsi perkembangan terbaharu berhubung rawatannya.
"Setiap kata yang disebut Kate sangat bermakna kepada pesakit kanser lain melalui pengalaman mereka sendiri," kata ketua eksekutif badan amal, Michelle Mitchell.
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak pula berkata, orang yang menghidap kanser dan keluarga mereka akan mendapat "harapan dan inspirasi" daripada Kate berikutan kenyataannya. - BBC
Agensi
Fri Jun 14 2024
Gambar terbaharu Kate Middleton yang dikeluarkan oleh Istana Kensington dirakamkan di Windsor awal minggu ini.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kate Middleton buat penampilan umum pertama sejak selesai rawatan kemoterapi
Puteri Wales Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).
Kate Middleon selesai jalani rawatan kemoterapi
Tahun ini "sangat sukar" dan "bahawa kehidupan yang anda tahu boleh berubah dalam sekelip mata," kata Puteri Wales.
Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa.
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour di London.
Kate Middleton semakin pulih, sedia hadiri acara diraja
Acara Trooping the Color yang akan berlangsung hari ini menjadi penampilan umum pertama Puteri Wales itu sejak didiagnos kanser pada Januari lalu.
Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser
Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
Kate Middleton ada 'klon'?
Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.