awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga

Agensi
Agensi
15/06/2024
21:00 MYT
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Kate Middleton melemparkan senyuman semasa menyertai ahli keluarga diraja pada acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.- Gambar REUTERS
LONDON: Puteri Wales, Kate Middleton menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
Ini merupakan penampilan umum pertamanya tahun ini selepas beliau terlepas beberapa acara susulan pembedahan abdomen pada 16 Januari.
Kate bersama suaminya, Putera William dan tiga anak mereka iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis bersama-sama dengan anggota kerabat diraja yang lain berhimpun di balkoni Istana Buckingham untuk menyaksikan perbarisan udara tentera udara Diraja sempena ulang tahun rasmi Raja Charles III.
Kate dimasukkan ke dalam hospital susulan pembedahan abdomen, namun ketika itu, keadaannya dianggap tidak berkaitan dengan kanser.
Bagaimanapun, susulan pembedahan, Kate mendedahkan beliau menghidapi sejenis kanser menerusi satu video yang disiarkan pada Mac.
Tiada tempoh masa ditetapkan untuk Kate kembali melaksanakan tugasnya kerana beliau diberikan masa untuk pulih dan berehat sebelum kembali menjalankan tugas.
Trooping the Colour ialah persembahan tentera yang megah di mana 1,400 pegawai dan askar, bersama dengan 400 pemuzik dan 200 ekor kuda, berarak melalui jalan-jalan London dari Istana Buckingham ke Horse Guard's Parade, sementara orang ramai berbaris di sepanjang laluan tersebut.
Acara ini merupakan salah satu acara utama dalam kalendar diraja dan menjadi tradisi ulang tahun rasmi kedaulatan British selama lebih dari 260 tahun.
Bagaimanapun, hari jadi sebenar Raja Charles III adalah pada bulan November.
Topic Berkaitan
#Kate Middleton
#Istana Buckingham
#London
#Trooping the Colour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan