Isu keselamatan menjadi perhatian utama semasa majlis pelantikan Presiden Indonesia esok, apatah lagi bila majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin luar negara termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Joko Widodo, 57, akan mengangkat sumpah pelantikannya di bangunan parlimen Indonesia jam 2 petang esok, selepas memenangi pilihan raya Presiden 2019 pada 17 April lepas.
Tempoh pentadbirannya bagi penggal pertama (2014-2019) tamat hari ini (19 Okt 2019).
Dr Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta, jam 11.15 pagi waktu Indonesia Barat, untuk menghadiri majlis pelantikan itu.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar berkata, kehadiran Dr Mahathir itu adalah manifestasi tentang keakraban hubungan kedua-kedua pemimpin itu dan keutuhan hubungan Malaysia dan Indonesia.
Dr Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
"Teras hubungan Malaysia dan Indonesia adalah kedekatan kedua dua pemimpin, (majlis pelantikan Jokowi) membuka lembaran baru persahabatan dalam penggal kedua pemerintahan Jokowi agar terus kukuh," kata Zainal Abidin.
Kota Jakarta kini "dikawal ketat" polis dan tentera Indonesia, bagi memastikan majlis pelantikan Presiden dan Naib Presiden yang baharu, Ma'ruf Amin berjalan lancar.
Isu keselamatan menjadi fokus pihak berkuasa Indonesia, berikutan beberapa kejadian rusuhan dan demonstrasi, isu-isu berkaitan etnik di Papua dan Kalimantan, isu pindaan rang undang-undang berkaitan jenayah dan rasuah serta kejadian seorang menteri Indonesia ditikam baru-baru ini.
Lebih 30,000 anggota polis dan tentera ditugaskan menjaga keamanan di ibu kota Jakarta, terutamanya di kawasan parlimen Indonesia, Istana Merdeka dan kawasan-kawasan strategik di Jakarta.
Anggota tentera dan polis jelas kelihatan berkawal di setiap kawasan strategik di kota Jakarta, manakala di bangunan parlimen Indonesia, anggota polis dan tentera melakukan kawalan ketat di kawasan dalam dan luar bangunan itu.
Jalan sekeliling bangunan parlimen - Jalan Gatot Soebraoto, Jalan Gelora dan Jalan Parlimen, Jalan Palmera dan Jalan Gelora ditutup kepada lalu lintas.
Menurut polis Indonesia memetik laporan agensi berita Antara, sebanyak 22 orang ditahan sejak September lepas kerana dipercayai mahu merencana tindakan keganasan dan rusuhan menjelang pelantikan Presiden itu.
Polis turut merampas bom buatan sendiri dan molotov koktel yang dipercayai akan digunakan untuk memcetuskan hura-hara.
Zainal Abidin berkata, kedutaan Malaysia turut mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Indonesia bagi memastikan langkah-langkah dan kawalan keselamatan terjamin semasa kehadiran Perdana Menteri.
Menurut Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) Indonesia, sebanyak 17 pemimpin dan ketua negara luar akan turut hadir pada majlis pelantikan presiden itu.
Selain Dr Mahathir, antara ketua negara lain yang dijadualkan hadir ialah Sultan Brunein Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long; Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
BACA: Dr Mahathir hadiri majlis pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia esok
Seorang penganalisis politik ketika ditanya Bernama berkatan majlis pelantikan itu seharusnya menjadi acara yang "disukai rakyat" kerana Jokowi adalah pilihan rakyat, dengan majoriti undi yang diperolehinya hampir 17 juta undi.
Pada 21 Mei lepas, Komisi Pemilihan Umum mengumumkan kemenangan Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.
"Tapi pelantikan (angkat sumpah presiden) kali ini seperti Jakarta sedang "darurat", polis dan tentera berkawal di mana- mana, tidak seperti tahun 2014 (sewaktu lantikan Jokowi sebagai presiden penggal pertamanya).
"Suasana "tegang" ini mungkin disebabkan demonstrasi dan rusuhan kebelakangan ini di Jakarta, selain isu-isu yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu berkaitan pindaan rang undang-undang rasuah dan jenayah, selain ketegangan kaum yang berlaku di Papua, serta mungkin keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi," kata penganalisis itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
Joko Widodo akan mengangkat sumpah pelantikan sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua pada pukul petang Ahad. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.