Kawasan gurun barat Arab Saudi jadi 'menghijau'

Sinar Harian
Januari 9, 2023 01:15 MYT
Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU). - Foto agensi
RIYADH: Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini 'menghijau'.
Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterusan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.
Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah dan Madinah mula menghijau.
Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU). -Sinar Harian/Agensi
#Arab Saudi #padang pasir #NASA #hujan