DUNIA
Kazakhstan bakal jadi negara pasca-Soviet pertama capai Tahap Kematangan Tiga WHO
Berdasarkan penilaian yang dijalankan tahun ini oleh pakar WHO, Kazakhstan mencapai keputusan tinggi merentasi lapan petunjuk utama. - Reuters
ASTANA: Kazakhstan bakal menjadi negara pasca-Soviet pertama mencapai Tahap Kematangan Tiga (ML3) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam peraturan ubat-ubatan, lapor Agensi Berita Kazinform.
Menurut Menteri Kesihatan Akmaral Alnazarova, berdasarkan penilaian yang dijalankan tahun ini oleh pakar WHO, Kazakhstan mencapai keputusan tinggi merentasi lapan petunjuk utama.
Pencapaian Kazakhstan ke Tahap Kematangan Tiga dirancang pada separuh pertama 2026.
Ini akan membolehkan Kazakhstan, buat julung kali dalam rantau pasca-Soviet, menerima status sebagai negara yang mempunyai pihak berkuasa kawal selia yang ketat dan diiktiraf WHO, kata Alnazarova.
Kementerian itu menjelaskan bahawa tahap itu menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap kebolehpercayaan kawalan kualiti ubat-ubatan.
Pencapaian itu akan membolehkan negara berkenaan memperkukuh keselamatan dan kualiti ubat-ubatan di pasaran domestik, meningkatkan potensi eksport produk farmaseutikal negara, mempermudah kemasukan ubat-ubatan keluaran Kazakhstan ke pasaran luar negara serta menarik syarikat farmaseutikal utama dan pelaburan bagi penyetempatan pengeluaran.
Alnazarova turut mengingatkan bahawa selaras dengan arahan Presiden, pembinaan kompleks makmal di Pusat Kebangsaan untuk Kepakaran Ubat-ubatan sedang dijalankan.
Terdahulu, Agensi Berita Qazinform melaporkan bahawa Kazakhstan akan membina kompleks biofarmaseutikal bernilai KZT103 bilion (US$201 juta).
-- BERNAMA