awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan bekas Presiden Singapura SR Nathan masih kritikal

Bernama
Bernama
05/08/2016
14:12 MYT
Keadaan bekas Presiden Singapura SR Nathan masih kritikal
Bekas Presiden Singapura, SR Nathan, terus berada dalam keadaan tenat dan tidak sedarkan diri. -Gambar fail
Bekas presiden Singapura, SR Nathan, terus berada dalam keadaan tenat dan tidak sedarkan diri, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
"Bagaimanapun beliau tenang dan stabil ketika ini," kata Lee dalam catatan di laman Facebooknya pada Jumaat selepas menziarahi Nathan di Hospital Besar Singapura (SGH).
Nathan, 92, dimasukkan ke SGH Ahad lepas setelah diserang strok pada awal pagi hari itu.
"Juga berbual dengan Mrs Nathan dan keluarga. Ini adalah masa yang mencabar bagi mereka. Sokongan dan galakan yang mereka terima daripada banyak orang amat bermakna bagi mereka.
"Mereka terharu dengan begitu banyak mesej dan ucap selamat yang disampaikan. Tidak banyak orang yang memberi begitu banyak sumbangan kepada Singapura seperti Mr Nathan. Semoga anda terus berdoa dan mengingati beliau," tulis Lee.
Nathan adalah presidan Singapura yang paling lama berkhidmat dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.
Beliau berundur secara rasmi sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan digantikan presiden sekarang, Tony Tan Keng Yam.
Nathan dilantik sebagai Pesuruhjaya Tingggi Singapura di Malaysia pada 1988.
Topic Berkaitan
#bekas presiden Singapura
#Lee Hsien Loong
#masih kritikal
#SR Nathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan