Keadaan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela semakin kritikal. Sepasukan doktor sedang berusaha bertungkus lumus merawat bagi memastikan keadaannya bertambah pulih.

Pengumuman itu dibuat pejabat Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. Zuma dilaporkan melawat bekas pemimpin itu di hospital pada petang Ahad dan mengadakan pertemuan dengan isteri Mandela, Graca Machel.

Beliau sebelum ini dikatakan stabil selepas 14 hari dirawat kerana jangkitan paru-paru. Beliau yang di rawat di sebuah hospital di Pretoria, dimasukkan ke hospital beberapa kali atas sakit yang sama.

Dalam pada itu, jurucakap Mandela, Mac Maharaj mengesahkan, kerosakan ambulans yang membawa bekas presiden itu dua minggu lepas. Ia mengalami kerosakan enjin sekali gus memaksa Mandela dipindahkan ke ambulans gentian.

Bagaimanapun beliau terpaksa menunggu hampir 40 minit dalam kesejukan sementara ambulans lain tiba. Menurut Maharaj, insiden itu tidak memberi kesan ke atas tahap kesihatannya.

Mandela, yang dipenjarakan selama 27 tahun kerana menentang dasar Aparteid, bersara secara rasmi dan muncul kali terakhir di khalayak awam pada Julai 2010.