[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Keadaan Puteri Thailand stabil

Bernama 19/12/2022 | 07:05 MYT
Keadaan Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati yang dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan jantung dilaporkan stabil. - Gambar Facebook
BANGKOK: Keadaan Puteri Thailand, Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati yang dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan jantung dilaporkan stabil.
Menurut kenyataan Royal Household Bureau, puteri berusia 44 tahun yang dimasukkan ke Hospital Memorial King Chulalongkorn di Bangkok sejak 15 Dis itu, menerima rawatan untuk "jantung, paru-paru dan buah pinggang".
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pasukan perubatan akan memantau rapi keadaan puteri raja itu.
Anakanda sulung Raja Maha Vajiralongkorn itu rebah semasa melatih anjingnya untuk acara Working Dog Championship di wilayah Nakhon Ratchasima pada petang Rabu.
Puteri Bajrakitiyabha ialah puteri tunggal Raja Vajiralongkorn dengan isteri pertamanya, Puteri Soamsawali.
- BERNAMA
#Puteri Thailand #Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati #serangan jantung #Raja Vajiralongkorn