awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keahlian BRICS Indonesia tanda inisiatif penting tahun pertama Prabowo

Bernama
Bernama
07/07/2025
12:56 MYT
Keahlian BRICS Indonesia tanda inisiatif penting tahun pertama Prabowo
Kemasukan Indonesia sebagai ahli BRICS adalah inisiatif langsung Presiden Prabowo dalam tahun pertamanya sebagai ketua negara. - Bernama
JAKARTA: Penyertaan Indonesia dalam blok ekonomi BRICS merupakan inisiatif langsung Presiden Prabowo Subianto yang bertujuan menyerlahkan kepentingan Indonesia di pentas global, kata Setiausaha Kabinet Indonesia Teddy Indra Wijaya.
Wijaya, yang mengiringi Presiden Prabowo pada hari pertama Sidang Kemuncak BRICS 2025 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ahad, berkata Indonesia disambut mesra pada mesyuarat itu, lapor agensi berita ANTARA.
"Kemasukan Indonesia sebagai ahli BRICS adalah inisiatif langsung Presiden Prabowo dalam tahun pertamanya sebagai ketua negara dan ia disambut baik oleh semua anggota BRICS," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sidang kemuncak bertemakan "Memperkukuh Kerjasama Selatan Global untuk Tadbir Urus Lebih Terangkum dan Mampan" itu merupakan Sidang Kemuncak BRICS pertama Presiden Prabowo dan menandakan tahun pertama keahlian penuh Indonesia pada 2025.
Selepas diisytihar secara rasmi sebagai ahli penuh pada Januari 2025, Indonesia terus diterima sebagai anggota ke-10 BRICS.
"Ini mencerminkan kepentingan peranan Indonesia di peringkat global," kata Wijaya.
BRICS pada asalnya terdiri daripada lima negara tetapi kini telah berkembang dengan keanggotaan Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Iran dan Indonesia.
Menurut Wijaya, negara-negara anggota ini mewakili 50 peratus populasi dunia dan 35 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) global.
Presiden percaya penyertaan Indonesia dalam BRICS akan memperkukuh kedudukan negara di arena antarabangsa dan menekankan kepentingan kerjasama antara negara untuk mempromosikan kestabilan dan kemakmuran dunia.
Wijaya turut menyatakan keahlian BRICS Indonesia mencerminkan dasar diplomasi yang diketengahkan presiden.
"Kemasukan Indonesia ke dalam BRICS menjelmakan prinsip yang dipegang oleh ketua negara bahawa seribu kawan masih terlalu sedikit, seorang musuh sudah terlalu ramai," katanya.
--BERNAMA-ANTARA
TAG: Indonesia, BRICS, Prabowo, Teddy Indra Wijaya
Topic Berkaitan
#Indonesia
#BRICS
#blok ekonomi
#Prabowo Subianto
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan