awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keamanan Asia Barat hanya akan dicapai apabila Palestin merdeka

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
28/11/2024
07:19 MYT
Keamanan Asia Barat hanya akan dicapai apabila Palestin merdeka
Kementerian Luar negeri dalam kenyataan menyatakan keamanan di Asia Barat hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa gencatan senjata dengan kadar segera dan kekal di Gaza termasuk memulihkan semula akses tanpa sekatan kepada bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Luar, keamanan di Asia Barat hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat.
Selain itu, menerusi kenyataan tersebut, Kementerian Luar Negeri memaklumkan, Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan sebagai perkembangan positif serta usaha awal yang penting ke arah mengurangkan ketegangan dan mengembalikan keamanan dan kestabilan di Asia Barat.
Malaysia juga berharap semua pihak mengulangi gesaan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berkaitan termasuk Resolusi 1701 (2006) iaitu perlindungan ke atas orang awam dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Lubnan yang telah menderita akibat konflik yang berpanjangan.
Topic Berkaitan
#lubnan
#gencatan senjata
#Gaza
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan