awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa

Bernama
Bernama
02/01/2026
21:45 MYT
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Pihak berkuasa Switzerland mengesahkan pada Jumaat bahawa 40 orang maut akibat kebakaran itu, manakala seramai 119 orang telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan dalam kebakaran itu. - Gambar Reuters
GENEVA: Kebakaran maut yang memusnahkan sebuah bar di pusat peranginan pergunungan Alps, Switzerland semasa sambutan Tahun Baharu sehingga mengorbankan 40 nyawa, berkemungkinan besar berpunca daripada bunga api yang diletakkan pada botol minuman keras dan berada terlalu dekat dengan siling, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketua Peguam Daerah Valais, Beatrice Pilloud berkata, penyiasat membuat kesimpulan itu selepas menilai rakaman video, menemu bual beberapa saksi serta mengumpul bukti awal daripada Bar Le Constellation di pusat peranginan ski Crans-Montana. Kebakaran itu berlaku sejurus selepas tengah malam pada hari pertama Tahun Baharu.
Kenyataan saksi diperoleh daripada pengurus bar warga Perancis serta tetamu yang berjaya menyelamatkan diri.
Komander Polis Valais, Frederic Gisler mengesahkan pada Jumaat bahawa 40 orang maut akibat kebakaran itu, manakala seramai 119 orang telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.
Anggaran awal sebelum ini melaporkan 115 orang cedera dalam insiden itu.
Gisler berkata, 113 daripada mangsa yang cedera telah dikenal pasti, antaranya 71 warga Switzerland, 14 warga Perancis, 11 warga Itali dan empat warga Serbia.
"Kami sedang menyiasat sama ada prosiding jenayah bagi kesalahan membunuh tanpa niat akibat kecuaian akan dimulakan," kata Pilloud. Tindakan itu akan diambil sekiranya individu yang bertanggungjawab terhadap tragedi berkenaan masih hidup.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Switzerland
#bar Le Constellation
#kebakaran
#bunga api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan