[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

Kebakaran belukar: PM Australia umum bantuan bencana

Bernama 29/12/2024 | 09:35 MYT
Albanese memberitahu, bayaran pemulihan bencana oleh kerajaan persekutuan dan negeri akan tersedia mulai Isnin untuk pekerja dan peniaga kecil yang terjejas secara langsung. - X: @AlboMP
CANBERRA: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan bantuan kecemasan bencana kepada penduduk yang terjejas akibat kebakaran belukar besar di tenggara negara itu, lapor Xinhua.
Albanese pada Ahad meninjau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran belukar yang berterusan di Taman Negara Grampians, kira-kira 230 kilometer barat Melbourne, bersama Ketua Menteri negeri Victoria Jacinta Allan.
Albanese memberitahu pemberita bahawa bayaran pemulihan bencana oleh kerajaan persekutuan dan negeri akan tersedia mulai Isnin untuk pekerja dan peniaga kecil yang terjejas secara langsung oleh kebakaran itu.
"Ini telah menjadi kejadian kebakaran yang dahsyat," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kebakaran hutan itu tercetus akibat panahan petir pada 6 Disember dan telah memusnahkan lebih 70,000 hektar tanah ladang, taman negara dan harta persendirian.
Tiada kecederaan dilaporkan, namun sekurang-kurangnya tiga rumah musnah dan sejumlah besar ternakan mati.
Sementara itu, pihak berkuasa memberi amaran bahawa kebakaran itu dijangka terus marak selama beberapa minggu.
-- BERNAMA
#Anthony Albanese #kebakaran belukar #Taman Negara Grampians #pemulihan bencana #Australia