DUNIA
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
Anggota bomba menjalankan operasi di luar Pusat Kongres semasa satu insiden di Mesyuarat Tahunan ke-56 Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. - Foto REUTERS
GENEVA: Penggera kebakaran berbunyi di Pusat Kongres Davos pada lewat Rabu ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berada di dalam bangunan itu bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF), lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita Switzerland Keystone-SDA.
Jurucakap polis kanton Graubunden memaklumkan kepada agensi itu bahawa setakat Rabu malam, lokasi tepat kebakaran bermula masih belum dikenal pasti.
Trump dilaporkan berada di dalam bangunan ketika kejadian berlaku. Beliau sebelum itu menyampaikan ucapan pada sebelah petang.
Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan manakala pasukan bomba, polis dan ambulans telah dikerahkan ke lokasi susulan kawalan keselamatan ketat di sekitar acara itu.
Insiden itu merupakan kecemasan berkaitan kebakaran kedua di Davos pada Rabu malam. Menurut polis, sebuah pondok fondue berhampiran sebuah hotel turut terbakar, menyebabkan penghuni hotel dipindahkan buat sementara waktu.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu juga, kata polis.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini WEF di sini