awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran besar di loji sisa kimia Singapura, tiada kemalangan jiwa

Agensi
Agensi
23/02/2017
05:54 MYT
Kebakaran besar di loji sisa kimia Singapura, tiada kemalangan jiwa
Keadaan kepulan asap hitam dan api marak di lokasi kejadian. - Foto: facebook.com / Singapore Civil Defence Force
Seramai 200 anggota Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengambil masa empat jam untuk memadamkan kebakaran besar melibatkan sebuah loji pengurusan sisa kimia dan bahan mudah terbakar di Tuas pagi ini.
SCDF menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.15 pagi yang melaporkan tentang kebakaran di premis Eco Special Waste Management, lapor portal berita Channel News Asia.
Pada jam 8.40 pagi sewaktu anggota SCDF tiba di tempat kejadian, api sedang marak.
“Beberapa letupan kuat juga didengari ketika anggota pasukan pemadam api cuba memadamkan kebakaran. Anggota SCDF juga menggunakan semburan buih untuk mengekang api,” ujarnya.
Sementara itu, susur masa di media sosial penuh dengan rakaman foto dan video amatur menunjukkan kepulan asap hitam serta keadaan api yang marak.
Tuas singapore happening eariler just nw.. pic.twitter.com/xFI0OV7bGg
— MDVN (@muhdvnivl_) February 23, 2017
Be safe to the brothers who are fighting the fire at Tuas View! pic.twitter.com/FUtWdM8SFt
— م(@Alibaba_160194) February 23, 2017
Mereka yang berada di tempat kejadian mengadu menghidu bau kimia di sekitar tapak kejadian, dan difahamkan seorang anggota SCDF turut digegaskan ke hospital kerana mengalamai kesesakan nafas.
Menjelang jam 11.20 pagi, api berjaya dikawal, dan dianggarkan separuh daripada premis musnah.
Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Loji milik Eco Special Waste Management pernah mengalami masalah sama pada Mei 2012 namun api hanya and dapat dipadamkan dalam masa 30 minit.
Syarikat tersebut tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#loji sisa kimia
#Premis
#SCDF
#Singapura
#uas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan