DUNIA
Kebakaran besar hutan sebabkan kerosakan meluas di selatan Perancis
Beberapa kawasan lain di selatan Perancis juga terjejas oleh kebakaran hutan dalam beberapa hari kebelakangan ini. - Reuters
PARIS: Kebakaran besar hutan menyebabkan kerosakan yang meluas di selatan Perancis, dengan lebih 1,000 anggota bomba berusaha memadamkan api di sekitar bandar pelabuhan Martigues, berhampiran Marseille, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut perkhidmatan bomba tempatan pada Jumaat, kebakaran meliputi kawasan seluas 240 hektar dan merebak dengan amat pantas. Amaran berjaga-jaga bagaimanapun ditarik balik untuk kebanyakan kawasan terjejas.
Kebakaran itu bermula pada Khamis malam. Sebagai langkah berjaga-jaga, 150 orang dipindahkan ke tempat selamat, manakala penduduk lain dinasihatkan agar tidak meninggalkan kediaman mereka, menurut bomba.
Beberapa jalan ditutup sementara akibat kebakaran. Dua anggota bomba dilaporkan cedera ringan semasa operasi.
Beberapa kawasan lain di selatan Perancis juga terjejas oleh kebakaran hutan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Satu kebakaran yang merebak ke arah Marseille digambarkan sebagai amat dramatik. Perkhidmatan pengangkutan jarak jauh ke bandar pelabuhan itu dihentikan sementara dan lapangan terbang ditutup buat sementara waktu susulan operasi pesawat pemadam kebakaran.
-- BERNAMA