DUNIA

Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman

Astro Awani 05/02/2026 | 10:15 MYT
Kebakaran berlaku di kawasan pemecut zarah pusat penyelidikan itu, yang terlibat dalam eksperimen ion berat untuk tujuan saintifik. -Gambar hiasan/Unsplash
BERLIN: Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di sebuah fasiliti penyelidikan utama di Darmstadt, Jerman, pada pagi Khamis, memaksa operasi kecemasan secara besar-besaran.


Ringkasan AI
  • Kebakaran besar berlaku di GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research, Darmstadt, Jerman, memaksa operasi kecemasan besar-besaran dilakukan, namun berjaya dikawal.
  • Kebakaran berlaku di kawasan pemecut zarah pusat penyelidikan itu, yang terlibat dalam eksperimen ion berat untuk tujuan saintifik, dengan gambar tular menunjukkan kepulan asap tebal.
  • Penduduk berhampiran dinasihatkan untuk ambil langkah berjaga-jaga dengan menutup pintu dan tingkap serta mematikan sistem pengudaraan, sementara pasukan bomba menyiasat kemungkinan pembaikan atau kebocoran bahan kimia berkaitan insiden.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut polis, kebakaran di premis GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research itu berjaya dikawal, namun kerja pemadaman dijangka berterusan hingga ke malam.

Kebakaran berlaku di kawasan pemecut zarah (particle accelerator) pusat penyelidikan tersebut, yang menjalankan eksperimen melibatkan ion berat seperti emas dan plumbum untuk tujuan saintifik.

Gambar tular menunjukkan kepulan asap tebal menjulang keluar dari bangunan terbabit.

Pihak pentadbiran pusat penyelidikan masih belum dapat dihubungi untuk maklum balas lanjut.

Polis mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Bagaimanapun, penduduk berhampiran dinasihatkan menutup pintu dan tingkap serta mematikan sistem pengudaraan bagi mengelakkan risiko terhidu asap atau bahan berpotensi berbahaya.

Pasukan bomba turut menyiasat sama ada terdapat sebarang pembaikan atau kebocoran bahan kimia yang mungkin berkaitan insiden itu.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui dan laporan awal menyatakan tiada maklumat mengenai pelepasan bahan toksik, namun langkah berjaga-jaga tetap diteruskan.

GSI Helmholtz Centre merupakan antara fasiliti penyelidikan fizik nuklear dan zarah paling penting di Eropah, dan kejadian ini dijangka memberi kesan sementara terhadap operasi eksperimen yang sedang dijalankan di pusat berkenaan.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan kebakaran besar di GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research, Jerman?
    A: Punca kebakaran di GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research masih belum diketahui pada masa ini.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah kebakaran berlaku?
    A: Pasukan bomba sedang menyiasat sama ada terdapat pembaikan atau kebocoran bahan kimia yang berkaitan dengan kejadian itu.
  • Q: Apakah kesan sementara kebakaran tersebut terhadap operasi eksperimen di pusat penyelidikan?
    A: Kesannya dijangka memberi kesan sementara terhadap operasi eksperimen yang sedang dijalankan di GSI Helmholtz Centre.



#GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research #operasi kecemasan #fasiliti penyelidikan utama #Darmstadt Jerman