Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Kebakaran besar musnahkan lebih 170 rumah di selatan Jepun, seorang dilapor hilang

Astro Awani 19/11/2025 | 05:10 MYT
Lebih 170 rumah musnah dalam kebakaran besar di bandar Oita, Jepun, malam Selasa, disebabkan oleh angin kencang dan merebak dengan cepat ke kawasan kediaman di daerah Saganoseki. -Foto AP
OITA: Sekurang-kurangnya 170 rumah musnah dalam kebakaran besar yang melanda kawasan perumahan berhampiran pelabuhan nelayan di bandar Oita, selatan Jepun, malam Selasa, lapor Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran Jepun.


Ringkasan AI
  • Lebih 170 rumah musnah dalam kebakaran besar di bandar Oita, Jepun, malam Selasa, disebabkan oleh angin kencang dan merebak dengan cepat ke kawasan kediaman di daerah Saganoseki.
  • Lebih 170 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan, manakala seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dilaporkan hilang, masih belum ditemui sehingga pagi Rabu.
  • Pasukan bomba tempatan masih berusaha memadamkan api yang belum terkawal sepenuhnya dengan bantuan helikopter dan jentera berat bagi mencegah penyebaran kebakaran ke kawasan lain di Oita, Jepun.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kebakaran yang tercetus sekitar 5.40 petang waktu tempatan dipercayai merebak pantas akibat angin kencang sebelum melanda kawasan kediaman di daerah Saganoseki.

Lebih 170 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan, manakala seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dilapor hilang dan masih belum ditemui sehingga pagi Rabu.

Pasukan bomba tempatan masih bertungkus-lumus memadamkan api yang belum dapat dikawal sepenuhnya dengan bantuan helikopter dan jentera berat bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan lain.

Tiada kematian disahkan setakat ini, namun pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran serta tahap kerosakan.

Oita terletak di pulau Kyushu, kira-kira 770 kilometer dari Tokyo, dan terkenal sebagai kawasan perikanan serta pelancongan.

Kebakaran ini disifatkan antara yang terbesar pernah berlaku di wilayah tersebut dalam beberapa dekad.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah rumah yang musnah dalam kebakaran besar di bandar Oita, selatan Jepun?
    A: Sekurang-kurangnya 170 rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran besar yang berlaku di kawasan perumahan berhampiran pelabuhan nelayan di bandar Oita, selatan Jepun.
  • Q: Apa yang dipercayai menjadi punca merebaknya kebakaran tersebut?
    A: Kebakaran dipercayai merebak pantas disebabkan oleh angin kencang sebelum melanda kawasan kediaman di daerah Saganoseki.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap penduduk yang terjejas oleh kebakaran?
    A: Lebih 170 penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan setelah kejadian kebakaran besar di Oita.
  • Q: Adakah terdapat sebarang kematian yang dilaporkan dalam kebakaran tersebut?
    A: Tiada kematian disahkan setakat ini dalam kebakaran besar di Oita, namun seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dilaporkan hilang dan masih belum ditemui.
  • Q: Di manakah lokasi kejadian kebakaran tersebut berlaku?
    A: Kebakaran besar yang berlaku di Oita terletak di pulau Kyushu, kira-kira 770 kilometer dari Tokyo, yang terkenal sebagai kawasan perikanan serta pelancongan.



#kebakaran #Oita #angin kencang #Kyushu #pelabuhan nelayan