[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Kebakaran di loji penapis minyak Indonesia dipadamkan

Bernama 25/05/2024 | 09:30 MYT
Pengurusan loji berkenaan berkata, anggota bomba telah berjaya mengawal keadaan dan sekarang masa untuk penyejukan. - Gambar hiasan
JAKARTA: Anggota bomba telah memadamkan kebakaran di loji penapis minyak di Wilayah Kalimantan Timur pada Sabtu, tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku kira-kira 4 pagi waktu tempatan di unit penyulingan mentah IV loji penapis Balikpapan yang terletak di bandar Balikpapan, yang dioperasikan oleh syarikat minyak dan gas milik negara Indonesia, PT Pertamina.
Menurut pengurus besar loji penapisan antarabangsa Pertamina untuk unit Balikpapan, Bayu Arafat kebakaran berjaya dipadamkan pada 7.30 pagi waktu tempatan.
"Anggota bomba telah berjaya mengawal keadaan dan sekarang masa untuk penyejukan," katanya dalam satu kenyataan.
Kejadian tersebut tidak mengganggu bekalan minyak kepada pengguna, menurut beliau.
-- BERNAMA
#loji penapisan minyak #kebakaran #Indonesia #kemalangan jiwa