DUNIA
Kebakaran di pergunungan Sepanyol jejas 150 hektar hutan

Kepulan asap tebal kelihatan memenuhi ruang udara kawasan Pergunungan Pauls ketika anggota bomba dari wilayah Catalonia berusaha mengawal api daripada terus marak, 7 Julai 2025. REUTERS
PAULS (Sepanyol): Pasukan bomba di wilayah Catalonia, Sepanyol terus berusaha memadamkan kebakaran hutan yang melanda kawasan Pergunungan Pauls di wilayah Tarragona sejak Isnin.
Kebakaran ini dilaporkan turut memusnahkan lebih 150 hektar kawasan hutan setakat ini.
Dalam pada itu, rakaman video tular menunjukkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara kawasan pergunungan tersebut ketika anggota bomba berusaha mengawal api daripada terus marak.
Menurut kenyataan kerajaan Catalonia, pasukan bomba menjangkakan cabaran besar pada waktu malam berikutan keadaan angin kencang.Arahan awal untuk penduduk berpindah telah dikeluarkan di beberapa bandar berhampiran, memandangkan keadaan angin boleh menjejaskan usaha pemadaman sepanjang hari.
Sementara itu, jurucakap bomba Catalonia memaklumkan bahawa sebanyak 75 pasukan telah dikerah ke lokasi kejadian.
Operasi turut dibantu 16 unit udara, dengan dua pesawat besar jenis FOCA digunakan dalam keadaan angin kencang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami