Kebakaran hotel Manila: 3 maut, 300 dipindahkan

Agensi
Mac 18, 2018 12:09 MYT
Kebakaran di Manila Pavilion Hotel and Casino pada Ahad. - REUTERS
Sekurang-kurangnya tiga kakitangan hotel maut dalam satu kebakaran di Manila hari ini.
Sementara lebih daripada 300 tetamu hotel terpaksa dipindahkan, di antaranya dengan menggunakan helikopter.
Antara yang maut ialah dua pengawal keselamatan dan seorang pegawai perbendaharaan.
Insiden berlaku di Manila Pavilion Hotel and Casino yang terletak di kawasan tumpuan pelancong di bandar terbabit.
Menurut pegawai penyelamat, kira-kira 20 mangsa terperangkap di tingkat lima manakala sekurang-kurangnya enam lagi dibawa ke hospital kerana terhidu asap tebal.
Media tempatan melaporkan, pihak polis masih belum dapat memastikan sama ada api yang terus marak walaupun selepas tujuh jam, bermula di kasino hotel itu atau di satu kawasan yang sedang mengalami pengubahsuaian.
Sebelum ini, laporan menyatakan empat orang maut, namun pihak berkuasa berkata seorang mangsa dapat disedarkan semula oleh doktor di hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.
#kebakaran hotel #Manila #Manila Pavilion Hotel and Casino #Philippines