Kebakaran hutan California jejas muzium, kilang wain, lebuh raya

Agensi
Disember 7, 2017 01:32 MYT
Api dari kebakaran hutan sampai ke lebuh raya di Interstate 405 di Los Angeles, Amerika Syarikat, 6 Disember, 2017. Twitter/MAJORCA @CoCo_Mayo76/ via REUTERS
Kebakaran hutan yang besar berlaku di Los Angeles pada awal pagi Rabu waktu tempatan, tidak jauh dari muzium The Getty Centre yang menempatkan koleksi karya seni kelas dunia.
Ia merebak hingga ke lereng Gunung Santa Monica dan turut menjejaskan kawasan kejiranan Bel Air yang mewah, memusnahkan beberapa buah rumah, kilang wain serta penempatan haiwan liar.
Lebih memburukkan, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan angin bertiup kencang pada 22 dan 33 batu sejam.
Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti berata, sekurang-kurangnya enam buah rumah telah musnah akibat kebakaran di Bel Air.
Api meletus awal pagi Rabu bermula di Sepulveda Pass, laluan komuter utama di antara bahagian barat Los Angeles dan lembah San Fernando di utara.
Kebakaran merebak di lereng bukit di sebelah timur sehingga ke kawasan kejiranan mewah menyebabkan lebih 1,000 orang diarahkan berpindah.
Kebakaran dilaporkan seluas 150 ekar dengan pembendungan sifar.
Ketika ini, kira-kira 500 anggota bomba dikerah bersama helikopter membawa air dan kapal terbang dalam usaha memadamkan kebakaran itu.
Beberapa saksi juga dilihat memuatnaik kejadian berkenaan di media sosial.

Not the typical morning commute... pic.twitter.com/kJIOQeqsIK

— A. Mutzabaugh CMT (@WLV_investor) December 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BOTH SIDES of the #405Freeway between the #101Freeway and the #10freeways in Los Angeles are CLOSED due to active, fast moving fire. #WildFire #SKIRBALLFIRE pic.twitter.com/Co7DQ2eD5R

— Lisa Remillard (@LisaRemillard) December 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The things from our nightmares. This wildfire is devastating LA. People entire lives, homes, museums, animal enclosures...Growing by the hour. pic.twitter.com/3EjL4GomDX

— Andrew Matarazzo (@andrewmatarazzo) December 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kebakaran hutan #Los Angeles #The Getty Centre