awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan di Izmir merebak ke kawasan kediaman, warga emas terkorban

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2025
00:40 MYT
Kebakaran hutan di Izmir merebak ke kawasan kediaman, warga emas terkorban
Kebakaran hutan marak berhampiran Alacati di wilayah Izmir, Turkiye, ketika suhu tinggi dan angin kencang terus menyukarkan kawalan api. - Foto REUTERS
IZMIR: Kebakaran hutan yang melanda wilayah barat Turkiye telah merebak ke kawasan kediaman di daerah Odemis, Izmir, mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun yang dipercayai uzur dan tinggal bersendirian di rumahnya.
Menurut laporan agensi berita Anadolu, mangsa menjadi korban pertama dalam siri kebakaran yang telah melanda Turkiye selama hampir seminggu.
Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan api di kawasan berbukit dengan bantuan helikopter dan pesawat pemadam, namun angin kencang dan suhu tinggi menyukarkan operasi.
Gabenor Izmir, Suleyman Elban, mengesahkan bahawa kebakaran di Odemis dan kawasan pelancongan Cesme berpunca daripada kabel elektrik yang mencetuskan percikan api, sebelum merebak pantas ke kawasan berpenduduk.
Jalan utama ke Cesme turut ditutup selepas api membakar kedua-dua sisi lebuh raya.
Setakat ini, lebih 200 rumah telah rosak atau musnah, dan 50,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi di Izmir dan Hatay.
Pasukan penyelamat telah mengerahkan 9 pesawat, 22 helikopter dan lebih 1,100 kenderaan untuk memadamkan kebakaran di seluruh wilayah.
Kebakaran turut dilaporkan di Antalya dan Istanbul, namun berjaya dikawal lebih awal.
Pakar menyatakan bahawa 90 peratus kebakaran hutan di Turkiye berpunca daripada faktor manusia, termasuk penyelenggaraan kabel elektrik yang lemah selepas penswastaan syarikat tenaga.
Insiden ini berlaku ketika Turkiye berdepan kemarau berpanjangan dan perubahan iklim, yang meningkatkan risiko kebakaran hutan secara drastik.
Pihak berkuasa menyeru orang ramai agar mematuhi arahan keselamatan dan mengelakkan kawasan terjejas.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#warga emas
#kawasan kediaman
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan