Kebakaran hutan di Melbourne, penduduk mula pindah

Agensi
Januari 7, 2018 00:03 MYT
Penduduk Carrum Downs di pinggir selatan Melbourne terpaksa dipindahkan apabila asap tebal ekoran kebakaran hutan di kawasan berkenaan. - Gambar fail Reuters
Penduduk Carrum Downs di pinggir selatan Melbourne telah dipindahkan pada Sabtu apabila kebakaran hutan di kawasan berkenaan mula memasuki kawasan kediaman mereka.
Pihak bomba negara itu terpaksa melakukan kerja-kerja pemadaman dalam keadaan cuaca panas yang melampau berserta angin kencang.
Setakat ini beberapa bangunan dan kediaman penduduk musnah akibat kejadian itu.
Dua helikopter turut digunakan untuk melakukan kerja-kerja pemadaman.
Penduduk yang dipindahkan kini terpaksa menjadikan pasar raya berhampiran sebagai tempat berkumpul.
Kira-kira 50 kebakaran dilaporkan setakat ini.
#air #API #bomba #cuaca panas #helikopter #hutan #kebakaran #Melbourne #rumah