awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan

Bernama
Bernama
11/01/2026
22:10 MYT
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan
Kebakaran hutan berlaku ketika kemuncak musim pelancongan musim panas di Afrika Selatan dan menjejaskan destinasi pelancongan utama. - Facebook Overstrand Municipality
CAPE TOWN: Beberapa kejadian kebakaran hutan terus merebak di seluruh wilayah Western Cape dan Eastern Cape di Afrika Selatan pada Sabtu, dengan lebih 100,000 hektar tanah di Western Cape musnah manakala proses pemindahan penduduk masih dijalankan.

Ringkasan AI
  • Lebih 100,000 hektar tanah di Western Cape, Afrika Selatan musnah akibat kebakaran hutan, dengan proses pemindahan penduduk masih dijalankan.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi seorang kanak-kanak perempuan dimasukkan ke hospital di Mossel Bay akibat terhidu asap.
  • Premier Eastern Cape Lubabalo Oscar Mabuyane menggesa keselamatan penduduk, pelawat, dan pengguna jalan raya di kawasan terjejas berikutan kebakaran hutan yang melanda destinasi pelancongan utama semasa musim pelancongan musim panas di Afrika Selatan.

Laporan agensi berita Xinhua memetik kenyataan Premier Western Cape, Alan Winde kepada penyiar awam SABC pada pagi Sabtu yang memaklumkan bahawa kebakaran itu menjejaskan keseluruhan wilayah Western Cape serta sebahagian wilayah jiran, Eastern Cape.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun seorang kanak-kanak perempuan dimasukkan ke hospital di Mossel Bay dan beberapa anggota bomba menerima rawatan akibat terhidu asap.
Winde berkata "lebih banyak helikopter daripada biasa" telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran, termasuk sebuah helikopter tentera.
Beliau berkata lebih 100,000 hektar terbakar di seluruh wilayah itu dengan kebanyakan kerosakan infrastruktur berlaku di Mossel Bay, selain kawasan seperti Du Noon di Cape Town dan Pearly Beach.
Perbandaran Mossel Bay pada pagi Sabtu memaklumkan walaupun tiada kebakaran aktif di kawasan itu, semua pasukan akan "kekal dalam keadaan berjaga-jaga" berikutan keadaan cuaca kering dan berangin.
Sementara itu, Perbandaran Overstrand, lokasi terletaknya Pearly Beach, mengeluarkan kenyataan mengenai pemindahan penduduk pada tengah hari Sabtu dan menyatakan sumber memadam kebakaran kini berada di bawah tekanan hebat berikutan terdapat dua kebakaran aktif di kawasan berkenaan.
"Keutamaan pertama adalah untuk menyelamatkan nyawa," kata Pengurus Perbandaran Overstrand, Dean O'Neill dalam kenyataan itu.
"Penduduk Eluxolweni dan Broadway Street di Pearly Beach sedang dipindahkan ke dewan komuniti."
Beliau turut menggesa penduduk di bahagian lain perbandaran itu supaya terus berwaspada dan memberi amaran bahawa "pemindahan mungkin perlu dilakukan jika keadaan bertambah buruk."
Di wilayah Eastern Cape pula, Perbandaran Kouga yang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas sejak beberapa hari kebelakangan ini memaklumkan pada Sabtu bahawa pasukan bomba masih bertungkus-lumus memadamkan beberapa kebakaran dan keadaan kekal tidak menentu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Jumaat, Premier Eastern Cape Lubabalo Oscar Mabuyane melahirkan "kebimbangan mendalam" terhadap kebakaran hutan yang melanda sebahagian wilayah itu, sambil menyatakan ia berlaku ketika kemuncak musim pelancongan musim panas di Afrika Selatan dan menjejaskan destinasi pelancongan utama.
"Premier menggesa penduduk, pelawat, dan semua pengguna jalan raya di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan serta arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh pegawai pengurusan bencana, perkhidmatan bomba dan kecemasan, serta agensi penguatkuasaan undang-undang yang dikerahkan ke pelbagai lokasi titik panas kebakaran di wilayah itu," menurut kenyataan itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Afrika Selatan
#Western Cape
#pemindahan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan