awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru Indonesia

Bernama
Bernama
24/06/2024
07:37 MYT
Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru Indonesia
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat bagi menentukan sama ada punca kebakaran disebabkan manusia atau semula jadi. - Gambar/ BNPB
JAKARTA: Kebakaran hutan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 50 hektar tanah di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Jawa Timur sejak 18 Jun lalu, menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB).
Usaha pemindahan dan langkah perlindungan untuk penduduk berhampiran Gunung Batok di Tosari, daerah Pasuruan berjaya dilaksanakan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kepulan asap masih kelihatan di sebelah barat Gunung Batok, tetapi kebakaran kini terkawal," kata jurucakap agensi itu Abdul Muhairi dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau mengesahkan tiada titik panas dikesan di Gunung Batok menerusi laman sesawang 'SiPongi' yang merupakan sumber utama maklumat kebakaran hutan dan tanah Indonesia.
Pasukan bomba turut giat membuat rondaan di kawasan itu bagi memantau keadaan dan mencegah kemunculan titik panas baharu.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat bagi menentukan sama ada punca kebakaran disebabkan manusia atau semula jadi.
Abdul Muhairi berkata api merebak pantas susulan musim kemarau yang berlanjutan, menjejaskan beberapa kawasan termasuk Mororejo, Podokoyo, dan Kandangsari sejak ia bermula sekitar 5.30 petang waktu tempatan.
Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, terdapat pengurangan sebanyak 31 peratus kebakaran hutan dan tanah berbanding 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim kemarau
#kebakaran hutan
#Indonesia
#Taman Negara Bromo Tengger Semeru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan