awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan Portugal merebak 7,000 hektar, 11 cedera

Bernama
Bernama
07/08/2023
10:04 MYT
Kebakaran hutan Portugal merebak 7,000 hektar, 11 cedera
Julai 2023 boleh menjadi Julai terpanas dalam sejarah dunia, menurut data komponen Pemerhatian Bumi Kesatuan Eropah Copernicus. - Reuters
MOSCOW: Kebakaran hutan di Portugal telah meliputi kawasan seluas 7,000 hektar (17,300 ekar) dan mencederakan sekurang-kurangnya 11 orang, kata komander pihak berkuasa wilayah bagi kecemasan dan perlindungan awam wilayah Alentejo, Jose Guilherme, pada Ahad, lapor Sputnik.
"Anggaran kawasan kebakaran adalah 7,000 hektar... Malangnya, setakat ini kami telah merekodkan 11 mangsa cedera ringan," CNN Portugal memetik Guilherme sebagai berkata.
Julai 2023 boleh menjadi Julai terpanas dalam sejarah dunia, menurut data komponen Pemerhatian Bumi Kesatuan Eropah Copernicus.
Rekod suhu telah dipecahkan di banyak negara Eropah termasuk Sepanyol, Itali, Perancis dan lain-lain serta di China dan Amerika Syarikat.
Kebakaran hutan telah marak selama beberapa hari di Greece akibat gelombang haba. Ahli meteorologi turut memberi amaran tentang peningkatan risiko kesihatan berkaitan haba kepada rakyat dan ternakan, kemarau dan ancaman kepada tanaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Portugal
#kecemasan
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan